Inisiatif Strategik

AI Legal Justice Roadmap 2025

Latar Belakang

AI Legal Justice merupakan satu pelan tindakan jangka pendek melibatkan inisiatif yang akan dilaksanakan oleh jabatan/agensi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dengan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan sistem perundangan dan lebih mudah diakses oleh masyarakat umum. Ini termasuk mengautomasikan proses perundangan, memberi maklumat berkaitan undang-undang yang lebih tepat dan membantu dalam membuat keputusan yang lebih adil berdasarkan data dan analisis yang dikumpulkan.

Objektif

Mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam sektor perundangan melibatkan agensi-agensi di bawah BHEUU JPM bagi meningkatkan akses kepada keadilan serta membantu dalam kecekapan proses kerja agensi-agensi.

Lihat kronologi penuh

2026 © Hak Cipta Terpelihara BHEUU