Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP)

Latar Belakang
Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (National Human Rights Action Plan-NHRAP) merupakan pelan tindakan yang telah dibangunkan berdasarkan acuan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan serta komitmen Malaysia dalam mempertahankan hak asasi manusia di negara ini. NHRAP merupakan dokumen awam yang dinamik, fleksibel dan boleh ditambah baik mengikut kesesuaian serta keperluan agensi pelaksana dari semasa ke semasa.
Pelan ini melibatkan lima (5) teras yang utama iaitu:
- Teras 1: Hak Sivil dan Politik
- Teras 2: Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
- Teras 3: Hak Golongan Rentan (Wanita, Kanak-kanak, Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pelarian)
- Teras 4: Hak Orang Asli, Anak Negeri Sabah dan Natives of Sarawak
- Teras 5: Kewajipan Antarabangsa BHEUU yang berfungsi sebagai agensi penyelaras pelaksanaan NHRAP telah menerima
Objektif
Memartabatkan hak asasi manusia
- Mengarusperdanakan prinsip hak asasi manusia dalam dasar dan amalan kerajaan serta sektor lain, termasuk swasta dan masyarakat sivil.
Meningkatkan kesedaran dan pendidikan hak asasi manusia
- Meningkatkan pengetahuan orang ramai dan penjawat awam tentang kepentingan hak asasi manusia melalui pendidikan, latihan, dan kempen kesedaran.
Memperbaiki dasar, undang-undang dan amalan sedia ada
- Menyemak dan menambah baik undang-undang, dasar dan prosedur pentadbiran agar sejajar dengan standard hak asasi manusia antarabangsa.
Memastikan penyertaan inklusif
- Menggalakkan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, institusi hak asasi manusia, dan orang awam dalam pelaksanaan dan pemantauan pelan ini.
Memperkasa sistem penyampaian keadilan
Mempertingkatkan akses kepada keadilan terutamanya untuk golongan rentan seperti wanita, kanak-kanak, OKU, warga emas, dan komuniti minoriti.


