Garis Panduan Pemegang Amanah 2025

Latar Belakang
Pindaan kepada Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 telah diluluskan di Parlimen pada Disember 2024, telah diwartakan pada 19 Februari 2025 dan telah berkuatkuasa mulai 20 Februari 2025. Pada masa yang sama, peraturan subsidiari kepada Akta 208 & Akta 258 telah turut diluluskan oleh YB Menteri (UURI) dan telah mula berkuatkuasa pada 20 Februari 2025. Bagi memantapkan dan memperkukuh usaha-usaha penambahbaikan undang-undang berkaitan amanah, BHEUU berhasrat untuk menyediakan Garis Panduan khusus untuk menjelaskan tentang panduan permohonan pendaftaran pemegang amanah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Objektif
Tujuan Garis Panduan ini adalah sebagai rujukan dan panduan oleh pemegang-pemegang amanah yang telah diperbadankan di bawah Akta 258.
