2026-07-01
Konvensyen Pendanaan Politik
Satu Konvensyen Pendanaan Politik dengan kerjasama The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan UIAM akan dianjurkan sebagai platform untuk membentangkan dasar yang disyorkan untuk dimasukkan dalam RUU Pendanaan Politik kepada pihak berkepentingan. Penganjuran konvensyen ini bertujuan meningkatkan kefahaman, memperkukuh kesedaran awam serta menggalakkan penerimaan terhadap cadangan dasar dan rangka perundangan yang dicadangkan.
- 2026
2026-07-01
Konvensyen Pendanaan PolitikSatu Konvensyen Pendanaan Politik dengan kerjasama The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan UIAM akan dianjurkan sebagai platform untuk membentangkan dasar yang disyorkan untuk dimasukkan dalam RUU Pendanaan Politik kepada pihak berkepentingan. Penganjuran konvensyen ini bertujuan meningkatkan kefahaman, memperkukuh kesedaran awam serta menggalakkan penerimaan terhadap cadangan dasar dan rangka perundangan yang dicadangkan.
2026-05-01
Syor DasarSyor dasar akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk pertimbangan selanjutnya sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri.
2026-02-28
Kajian Persepsi Awam Pendanaan PolitikKajian Persepsi Awam Pendanaan Politik telah selesai dilaksanakan oleh pasukan kajian yang diketuai oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 28 Februari 2026. Jumlah keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 3,539 orang. Kajian ini meliputi pelaksanaan sesi tinjauan yang melibatkan 3,422 orang, sesi focus group discussion (FGD) dengan penglibatan seramai 103 orang responden dan sesi temubual bersama 14 orang informan. Hasil kajian ini turut mengambilkira dapatan Sesi LIbat Urus (SLU) Bersama Pihak Berkepentingan yang telah dilaksanakan oleh BHEUU, JPM pada Jun hingga November 2025 dengan penyertaan seramai 1,544 orang peserta.
Berdasarkan dapatan kajian dan SLU, terdapat 8 syor dasar yang dicadangkan untuk dimasukkan dalam RUU Pendanaan Politik yang merangkumi (i) skop pemakaian undang-undang, (ii) penubuhan badan kawal selia dana politik, (iii) pewujudan Lembaga Penasihat, (iv) sumber dana politik serta had sumbangan, (v) mekanisme penerimaan dana, (vi) pelaporan, audit dan ketelusan dan (vii) kesalahan serta hukuman.
Klik untuk kronologi penuh