Inisiatif Strategik

Garis Panduan Khas Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Latar Belakang

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah penting untuk membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak, termasuk pengenalan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak pada 10 Julai 2017, penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak pada 22 Jun 2017, dan penggubalan Garis Panduan Khas.

Pada 2023 dan 2024, pindaan terhadap Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 telah dilaksanakan. Oleh itu, Garis Panduan Khas juga perlu disemak dan dikemaskini selaras dengan pindaan undang-undang ini.

Objektif

Menyediakan panduan dan hala tuju strategik untuk proses semakan dan pengemaskinian Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Malaysia.

Pautan dan Dokumen

Lihat kronologi penuh

2026 © Hak Cipta Terpelihara BHEUU