Rang Undang-Undang

RUU Pendanaan Politik

Latar Belakang

Usaha pengukuhan akauntabiliti dan integriti telah digariskan dalam Perkara 3 Strategi Teras 4: Penguatkuasaan dalam Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024 – 2028 (NACS) iaitu memperkenalkan RUU baharu berkaitan pendanaan politik.

la juga adalah selari dengan komitmen Kerajaan berhubung Perkara 5 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Memerangi Rasuah (United Nations Convention against Corruption – UNCAC) yang merangkumi Pernyataan Kuala Lumpur mengenai Strategi Antirasuah pada tahun 2013, untuk menjadikan Malaysia bebas daripada salah guna kuasa dan rasuah dengan berpegang kepada prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan.

Objektif

  • Mewujudkan undang-undang baharu bagi mengawal selia sumbangan politik. Ini kerana buat masa ini tiada undang-undang khusus yang mengawal selia dana politik.
  • Mewujudkan punca kuasa sebuah entiti yang berperanan pengawalseliaan dana politik.
  • Membolehkan pengawalan sumbangan politik dibuat sepanjang masa dan bukan terhad ketika pilihan raya sahaja.
2026 © Hak Cipta Terpelihara BHEUU