RUU Ombudsman 2026 Kronologi Lengkap

Kronologi Penuh
- 2026
2026-05-04
Januari – Mei 2026
Susulan daripada kelulusan Jemaah Menteri pada awal Januari 2026, BHEUU bersama-sama dengan AGC serta BPA & SIAP selaku dua (2) agensi yang akan digabungkan menjadi Ombudsman Malaysia telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dan mesyuarat untuk menggubal deraf Rang Undang-undang Ombudsman Malaysia. Pada masa ini, RUU masih belum dimuktamadkan oleh AGC dan dijangka akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kedua Parlimen pada tahun ini.
2026-02-27
Februari 2026
Kertas Cadangan Dasar Penubuhan Ombudsman Malaysia yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri memandangkan pemakaian akta ini kelak akan merangkumi semua aduan salah tadbiran dan salah laku di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri. Oleh itu, pembentangan sebagai Kertas Makluman adalah penting sebagai makluman dan persediaan awal negeri dalam mengendalikan aduan-aduan yang akan disalurkan oleh Ombudsman kelak.
2026-01-30
Januari 2026
Kertas Cadangan Dasar Penubuhan Ombudsman Malaysia telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 9 Januari 2026 dan telah diluluskan dengan beberapa pindaan penambahbaikan, termasuklah tiada sebarang pengecualian diberikan kepada mana-mana agensi untuk dipantau oleh institusi Ombudsman Malaysia kelak.
